Sunday, September 8, 2013
KEK KISMIS
KEK KISMIS (8 inci)
Sumber : buku 'Jamuan Kek' - Chef Zubaidah
Bahan-bahan :
250 gm mentega
150 gm gula kastor
5 biji telur (B)
1 tsp esen vanilla
100 gm kismis (dihiris nipis)
50 gm susu cair/susu segar (saya guna susu segar)
240 gm tepung naik sendiri
1 tbsp sirap emas
1 tbsp susu pekat manis
Cara-cara :
1. Pukul mentega, susu pekat manis dan gula kastor hingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu, kemudian masukkan esen vanilla dan sirap emas, gaul hingga sebati.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair/susu segar secara berselang-seli.
4. Masukkan kismis dan gaulkan sehingga rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan berukuran 8 inci dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 50 minit atau sehingga masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terliur...
ReplyDelete