Monday, September 9, 2013
TENGGIRI MASAK KICAP
TENGGIRI MASAK KICAP
Rujukan : blog Dayang Jack
Bahan-bahan :
4 ketul ikan tenggiri (dibersihkan)
sedikit air asam jawa
sedekit serbuk kunyit
sedikit garam
Cara-cara :
Gaulkan ikan bersama kesemua bahan di atas dan perapkan selama 15 minit. Kemudian gorengkan ikan tadi tetapi jangan terlebih masak atau digoreng terlalu lama. Angkat dan toskan.
Bahan Perencah :
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih *
1/2 labu bawang besar *
1/2 inci halia* (yang bertanda * hendaklah dikisar)
1/2 labu bawang besar (dimayang)
1/2 tbsp kicap pekat
sedikit kicap manis
2 tbsp cili giling/cili kisar
1 keping asam gelugur
sedikit sos cili thai/sos cili
garam dan gula secukupnya
Cara Memasak :
1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili giling hingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos cili thai dan sedikit air. Kacaukan sebati dan biarkan mendidih.
3. Masukkan pula garam, gula dan asam gelugur. Kacau lagi.
4. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi berserta bawang besar mayang. Kacau mesra.
5. Apabila kuah kelihatan pekat, tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment