KEK PISANG

Monday, September 9, 2013

TERUNG GORENG BERSAMBAL








TERUNG GORENG BERSAMBAL


Rujukan  :  yatiememories



Bahan A :

  3   biji   terung sederhana panjang (dibelah 2 ditengah & dipotong 2 lagi)
Minyak masak secukupnya


Bahan B :

  2   tangkai   daun kari


Bahan C :  (diblend/kisar kesemua sekali tetapi jangan terlalu hancur)


  2   tangkai       cili merah
10   tangkai       cili padi merah
10   tangkai       cili padi hijau
  1   labu            bawang besar
  2   sudu besar  ikan bilis
sedikit belacan


Bahan D :

  2   sudu besar   sos tiram
sedikit garam & gula jika perlu


Cara Memasak :

1.   Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan terung, balik-balikkan dalam 3 minit dan diangkat.         Toskan.

2.   Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan B hingga wangi.

3.   Masukkan bahan C.  Kecilkan api dan masak hingga sedikit pekat dan terbit minyak.  Masukkan bahan D.  Gaul rata.  Tambahkan sedikit garam dan gula secukupnya.

4.   Bila dah cukup rasanya, angkat dan tuangkan ke atas terung yang telah digoreng tadi.


No comments:

Post a Comment