KEK PISANG

Monday, September 9, 2013

KEK SPAN MARBLE MUDAH

 sebelum dibakar
 selepas dibakar











KEK SPAN MARBLE MUDAH



Rujukan :   buku 'Istimewa Pemanis Mulut' - Dari Dapur CT




Bahan-bahan :

400  gm      sponge cake mix  (diayak)
    5  biji      telur  gred A  -  suhu bilik
  80  ml       air biasa
    1  tsp      esen vanilla
  80  gm      butter  (dicairkan)
    1  tbsp    strawberry emulco
Pewarna merah jambu secukupnya


Cara-cara :

1.   Sediakan acuan bulat 9 inci yang digris butter dan dialas dengan kertas minyak.  Ketepikan.

2.   Masukkan tepung adunan sponge cake mix yang diayak ke dalam mangkuk adunan.  Tambahkan air dan masukkan telur satu persatu ke dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana selama 4 minit hingga kembang dan gebu.

3.   Telur dimasukkan sebiji-sebiji.  Setiap sebiji telur diputar dalam 20 saat baru dimasukkan lagi sebiji.

4.   Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanilla dan butter cair perlahan-lahan sambil diputar dengan kelajuan rendah selama 1 minit sehingga ringan dan kembang.

5.   Ambil anggaran 2 senduk adunan tadi dan dimasukkan dengan strawberry emulco dan pewarna merah jambu.  Kacau rata.

6.   Masukkan adunan plain berselang-seli dengan adunan merah jambu ke dalam loyang.  Ambil pisau plastik atau lidi sate dan corakkan bentuk marble.

7.   Bakar pada suhu 170'C selama 40-45 minit atau sehingga masak.  (atau ambil lidi sate dan cucuk, apabila tidak melekat, kek tersebut sudah masak).

No comments:

Post a Comment