KEK PISANG

Tuesday, September 17, 2013

KELAS ROTI yang sangat sedap & gebuuss


Assalam teman-teman semua!  Dalam kelam kabut menyiapkan 4 biji kek dalam masa sehari untuk dibawa balik ke asrama oleh kedua-dua putera ku, sempat juga pergi ke Kelas Roti dengan Awin Macaron.  Dah lama teringin untuk menghadiri kelas ini.  Akhirnya tercapai jua setelah banyak kali tertangguh.  Sangat berpuas hati dengan penghasilannya kerna  kesemua roti ini sangat sedap dan gebu-gebu belaka.  Pembuatan doh roti ini boleh dipelbagaikan.  (Yuran amat berpatutan : RM150 - terima kasih pada Pn. Shaharenna - pemilik Awin Macarons Studio) - 16/9/2013 (Isnin).  Lepas kelas terus ke Melaka menghantar anak ku balik ke ALAM Melaka, perjalanan balik dari Melaka punyalah jem teruk dan sampai rumah pada sebelah malamnya.  Perjalanan yang memenatkan sungguh.










No comments:

Post a Comment