Friday, March 24, 2017
IKAN KELI BERLADO...
IKAN KELI BERLADO
rujukan : DapurTanpaSempadan...
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan keli bersaiz sederhana
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
3-4 biji limau kasturi - perah ambil jusnya
1 1/2 sudu kecil gula
Sos ikan secukup rasa
Bahan tumbuk hancur :
6 biji cili merah
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras - dihiris/dititik
Cara Memasak :
1. Ikan keli di siang kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci bersih, toskan dan gaul dengan 1 sudu besar tepung gandum. Perapkan selama 10 minit kemudian dibilas bersih. Gaulkan pula dengan sedikit jus limau kasturi sehingga rata dan perapkan sekejap. Cuci bersih kembali, toskan dan masukkan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Gaul rata dan goreng sehingga ikan masak. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk hancur sehingga berbau harum. Masukkan gula secukupnya dan kacau rata, tambahkan sos ikan secukup rasa, kacau dan masukkan ikan keli yang digoreng tadi. Gaul sehingga rata dan masakkan dengan api kecil. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi (taruh sedikit dulu, sesuaikan rasanya baru ditambah lagi jika perlu), kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas berserta lauk sampingannya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment