KEK PISANG

Friday, March 10, 2017

RESIPI IKAN BAWAL GORENG TAUCU...









RESIPI IKAN BAWAL GORENG TAUCU
rujukan  :    iresipi.com/Che' Nom...




Bahan-Bahan :

2  ekor  ikan bawal, saiz sederhana
2  inci  halia  -  hiris halus memanjang
4  ulas  bawang putih  -  hiris halus
3  biji  bawang merah  -  hiris halus
3  sudu besar  taucu
1  mangkuk kecil  air asam jawa
1  biji  bawang besar  -  potong bulat
4-5  biji  cili padi  -  belah tengah
daun bawang untuk hiasan  -  hiris kasar
sedikit minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Gaul ikan bawal bersama garam dan kunyit dan goreng di dalam minyak panas sehingga garing.  Angkat dan ketepikan seketika.

2.  Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan naik bau.

3.  Masukkan taucu dan air asam jawa.  Kacau sehingga mendidih.  Tambahkan sedikit air supaya berkuah.

4.  Masukkan ikan bawal yang digoreng tadi bersama bawang besar dan cili padi.  Tambahkan gula dan garam secukup rasa.  Tutup api apabila bawang sudah layu.

5.  Hidangkan ikan bawal bersama taburan daun bawang...


TIPS :  Hati-hati jika hendak menambah garam kerana taucu sudah masin dan ikan bawal goreng juga rasanya masin kerana digaul dengan garam terlebih dahulu sebelum digoreng...

No comments:

Post a Comment