Friday, March 24, 2017
MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN...
MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN
Resepi Asli Temerloh
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan patin bersaiz sederhana
2 senduk gulai tempoyak
4 cawan air - agak-agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah (optional - untuk bagi kuah kelihatan merah)
Segenggam cili padi merah - ikut pedas yang disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam
Cara Memasak :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk bersama supaya bergaul rata.
2. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan tutup api.
NOTA :
1. Kalau tempoyak kurang masam, boleh tambah sedikit asam keping.
2. Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
3. Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai-kedai makan di Temerloh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment