Thursday, March 30, 2017
TAUHU LEMBUT KUKUS...
TAUHU LEMBUT KUKUS
BERSOS TAUCHO
rujukan : tiffinbiru@CMG...
Bahan-bahan :
1 biji tauhu lembut (boleh didapati di pasaraya, berisi dalam paket berukuran 4 segi)
3 camca besar isi ayam yang telah dicincang (saya guna daging yang dicincang)
1/2 biji bawang holland, saiz sederhana
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 hirisan nipis halia - cincang halus
1 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap lemak manis
1/3 cawan air
1/4 camca teh serbuk lada sulah
Hirisan daun bawang - untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil - untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Tauhu dikeluarkan dari kotak (berhati-hati kerana tauhu agak lembut) dan letakkan di dalam pinggan tahan panas, potong tauhu tadi kepada 6 bahagian, tidak perlu diasingkan biarkan di dalam bentuk asal, cuma potong sahaja. Kemudian kukus selama 10 minit. Sementara itu kita buat sosnya.
2. Panaskan 1 camca besar minyak masak, tumiskan bawang putih, halia dan bawang holland sehingga layu. Masukkan tauco, sos tiram dan isi ayam. Kacau rata dan masak sekejap. Tuangkan air, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan kicap lemak manis dan lada sulah. Kacau dan masak dengan api kecil sehingga pekat. Sesuaikan rasanya dan tutup api.
3. Keluarkan tauhu lembut dari kukusan, buangkan air yang bertakung dalam bekas berisi tauhu tadi dengan berhati-hati. Kemudian curahkan no. 2 (sos) ke atas tauhu tadi, ratakan. Taburkan hirisan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan. Hidangkan segera bersama nasi putih. Sedap dimakan ketika panas...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment