Monday, March 27, 2017
PUDING TAUHU...
PUDING TAUHU
rujukan : K.Nor@SecubitGaram...
Bahan Untuk Puding :
1 paket agar-agar serbuk@10 gm sepaket
6 1/2 cawan air
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan santan (saya guna santan kotak)
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
1 helai daun pandan - disimpul
secubit garam
Bahan Untuk Kuah :
1 tin laici
1 tin air (gunakan tin laici sebagai penyukat)
4 sudu besar gula pasir
Cara Penyediaan :
1. Untuk membuat puding : Masak air bersama serbuk agar-agar dan gula serta daun pandan sehingga mendidih.
2. Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam. Masak lagi sehingga hampir mendidih (keluar wap yang banyak) dan tutupkan api. Biarkan sehingga suam. Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah di tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga hendak dihidangkan.
3. Untuk membuat kuah : Asingkan buah laici ke dalam bekas berasingan dan siat-siatkan sedikit. Masak air laici bersama 1 tin air dan gula sehingga mendidih. Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan betul-betul sejuk sebelum menghidang.
4. Cara menghidang : Letakkan puding tauhu ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga buah laici yang disiat tadi. Tuangkan kuah dan puding tauhu sedia untuk dinikmati...
INFO : Puding ini boleh juga kalau hendak dimakan dengan Fruit Cocktail, cuma gantikan laici dengan fruit cocktail...bahan-bahan untuk kuahnya sama dalam resipi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedapnyer....
ReplyDelete