Enak juga dinikmati bersama ais krim vanilla...
EPAL OAT STREUSEL BAKAR
rujukan : Majalah Sedap Mei 2013; (sangat sedap)...
Bahan-Bahan :
300 gm epal hijau, dipotong dadu
1 sudu makan gula merah
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu makan mentega tawar, dicairkan
1 sudu teh parutan kulit lemon
2 sudu teh air perahan lemon
Bahan taburan :
(kacau berbutir)
75 gm mentega tawar sejuk
2 sudu makan gula aising
50 gm tepung gandum
25 gm serbuk badam
30 gm oat
Cara Membuat :
1. Kacau rata epal, gula merah, serbuk kayu manis, mentega tawar (yang telah dicairkan), parutan kulit lemon dan air perahan lemon.
2. Tuangkan ke dalam cawan aluminium empat segi yang disapu nipis marjerin. (Saya guna ramekin - dapat 4 bekas).
3. Taburkan dengan bahan taburan. Bakar dengan api bawah pada suhu ketuhar 170'C selama 20 minit sehingga masak/keperingan sedikit bahagian atasnya.
INFO : Tekan sekeliling epal dan pilih yang putih bersih, jangan pilih yang lembik...
No comments:
Post a Comment