Monday, February 27, 2017
BROWNIES KLASIK...
BROWNIES KLASIK
rujukan : Majalah Sedap Mac. 2016; (sangat sedap)...
Bahan-Bahan :
300 gm coklat masakan hitam - potong-potong kecil
150 gm marjerin
3 biji telur gred A/B
150 gm gula kastor
50 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
50 gm cip coklat
50 gm kacang gajus sangai - cincang kasar
Bahan taburan :
25 gm hirisan badam
sedikit cip coklat (optional)
Cara Membuat :
1. Panaskan marjerin (secara double boiler), masukkan coklat potong, kacau hingga coklat larut dan ketepikan.
2. Pukul telur dan gula selama 3 minit hingga rata, masukkan campuran coklat dan pukul rata.
3. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau rata. Masukkan cip coklat dan kacang gajus, kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam loyang brownies yang telah disapu marjerin dan dilapisi kertas kalis minyak, taburkan badam dan sedikit cip coklat (jika guna). (Saya menggunakan loyang aluminium foil bersaiz 8x8 inci dan disapu sedikit marjerin).
5. Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 180'C selama 30-40 minit hingga masak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment