KEK PISANG

Wednesday, February 8, 2017

KEK SARANG SEMUT...










KEK SARANG SEMUT aka GULA HANGUS
versi tanpa diperap
rujukan  :  zulfadreamland@zulfazalovescooking...




Bahan Gula Hangus :

2  cawan  gula pasir  (atau 1 2/3 cawan jika tidak suka terlalu manis)
2  cawan  air  (saya guna air panas)
1/2  cawan  mentega  (125 gm)


Cara-Cara :

     Gula digoreng dengan api sederhana besar sehingga perang.  Bila gula sudah keperangan, masukkan air (hati-hati sebab gula akan meletup-letup).  Kecilkan api dan cepat-cepat masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga gula hancur/larut sepenuhnya.  Selepas itu tutup api dan masukkan mentega, kacau sehingga mentega cair.  Ketepikan dan sejukkan sebentar.


Bahan Lain :

6  biji  telur gred A  (saya guna 5 biji gred A)
1/2  cawan  susu pekat
2  cawan  tepung gandum
2  sudu teh  soda bikarbonat
1  sudu teh  esen vanilla


Loyang  :   9 inci bulat/persegi, sapu mentega & dialas dengan kertas minyak


Cara-Cara :

1.  Pukul telur sampai kembang dan gebu (guna blender pun boleh).  Masukkan susu pekat, pukul hingga sebati.  Tuangkan ke dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung, soda bikarbonat yang telah diayak terlebih dahulu.  Tuangkan esen vanilla dan kacau sebati guna senduk/spatula.  Akhir sekali, masukkan air gula hangus tadi dan adun sebati.

2.  Perapkan adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.  (Kali ini saya tidak perap langsung, siap adun terus dimasukkan ke dalam oven).

3.  Bakar selama 1 jam pada suhu 160'C api bawah sahaja.  Baki 15 minit terakhir guna api atas bawah.  (atau kukus di dalam loyang yang ditutup dengan aluminium foil selama 50-60 minit)...

No comments:

Post a Comment