KEK PISANG

Sunday, February 5, 2017

AKOK ROTI...











AKOK ROTI
rujukan  :    Ilham Dapur...




Bahan-Bahan :   (12 pcs)

4  biji  telur gred A
100  ml  santan
100  ml  air
90  gm  nisan kelantan atau gula melaka
100  gm  roti  -  timbang bahagian putih saja
1  helai  daun pandan  -  disimpul
1/2  sudu teh  esen vanilla
secubit garam


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 160'C, sapukan sedikit minyak/cooking spray pada acuan muffin.

2.  Di dalam periuk, masak air bersama nisan kelantan atau gula melaka, daun pandan sehingga nisan/gula melaka larut, menggunakan api sederhana kecil.

3.  Di dalam mesin pengisar, masukkan roti, air nisan/gula melaka tadi dan santan, dan kisarkan sekejap sekadar roti hancur kemudian masukkan telur, esen vanilla, garam dan kisarkan sebati biar menjadi seperti berpasir halus gitu, jangan kisar sampai berkrim ye.

4.  Tuangkan adunan separuh acuan, bakar selama 35-40 minit  (semasa bakar kuih akan menggelembung penuh dalam acuan, selepas dikeluarkan dari oven ia akan mengecut).

5.  Keluarkan dari acuan, terbalikkan kuih biarkan bahagian bawah duduk di atas, maknanya yang berkedut itu rupa bawah kuih, permukaannya tidak berkedut.

No comments:

Post a Comment