KEK PISANG

Thursday, February 16, 2017

KUIH SERIMUKA...










SERIMUKA
rujukan  :   jendeladapursuriantiramli...




Bahan Lapisan Bawah :

2  cawan  beras pulut  -  cuci bersih, rendam 30 minit & toskan  (saya guna beras pulut susu)
1  cawan  santan
1  cawan  air
secubit garam


Cara-Cara :

Panaskan periuk kukusan.  Masukkan beras pulut bersama bahan di atas ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat/persegi, gaul sebati dan kukus selama 30 minit.  Setelah masak, kacau sebati dan tekan-tekankan supaya padat di dalam loyang.


Bahan Lapisan Atas :

3  biji  telur gred A/B
3/4  cawan  tepung gandum
3/4  cawan  gula pasir
1  cawan  jus pandan  (kisar 5 helai daun pandan bersama air, tapiskan)
1 1/4  cawan  santan
beberapa titis pewarna hijau


Cara-Cara :

Satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk/kuali non-stick.  Masak di atas api perlahan sambil mengacau selama 2-3 minit (naik wap).  Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan serimuka akan jadi tidak licin.


Penyediaan :

Tuangkan bahan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi.  Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis di atas permukaan serimuka.  Kukus selama 40 minit atau hingga masak sepenuhnya.  Tutup api...


PENTING!!!  ....  Tunggu serimuka betul-betul sejuk, anggaran 4-5 jam baru dipotong.  Kalau potong semasa panas, akan jadi lembik bahagian atasnya...

No comments:

Post a Comment