Saturday, February 4, 2017
CEKODOK PISANG...
CEKODOK PISANG
rujukan : seleraputeri; (sedap, lembut didalam & rangup diluar)...
Bahan-Bahan :
800 gm pisang - dilecek (pisang berangan/emas, saya guna pisang berangan)
125 gm tepung beras
125 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan gula pasir (ikut kemanisan pisang)
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara-Cara :
Panaskan minyak secukupnya. Sebatikan pisang lecek, tepung gandum, tepung beras, soda bikarbonat dan garam di dalam mangkuk adunan. Bila minyak telah panas baru tambahkan gula dan gaul sebati. Adunan dah siap untuk digoreng. Minyak jangan terlalu panas nanti cepat hangus. Sebaiknya goreng di dalam kuali non-stick...
Resipi asal : Ita Rohaya
500 gm pisang - dilecek
80 gm tepung beras
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu makan gula (nak tambah pun boleh)
TIPS :
1. Jangan memasukkan gula pada saat awal mengadun tetapi dimasukkan akhir bertujuan merangupkan tekstur cekodok anda.
2. Untuk mendapatkan bentuk cekodok yang comel bulat-bulat, selepas masukkan ke dalam kuali, gunakan sudip gelek-gelek perlahan dipermukaan cekodok...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment