KEK PISANG

Thursday, February 2, 2017

PULUT KUNING...








PULUT KUNING
rujukan  :     Citarasawan...




Bahan-Bahan :

500  gm  beras pulut susu
1  keping  asam gelugur
2  sudu teh  serbuk kunyit
2  helai  daun pandan  -  disimpul
200  ml  santan pekat
200  ml  air
1 1/2  sudu teh  garam


Cara-Cara :

1.  Cuci beras pulut kemudian direndam semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit.

2.  Kemudian toskan beras pulut, ketepikan/keluarkan asam gelugur dan kukus beras pulut dengan daun pandan kira-kira selama 30 minit atau sehingga 3/4 masak.

3.  Angkat pulut letakkan di dalam mangkuk besar.

4.  Gaulkan santan dan garam dan kacau bersama pulut tadi.

5.  Kukus semula selama 15-20 minit atau sehingga masak sepenuhnya...


RESIPI PULUT KUNING
rujukan  :   Teratak Mutiara Kasih@LinaPg...




Bahan-Bahan :

5  cawan  beras pulut
1  keping  asam gelugur@asam keping
2  sudu teh  serbuk kunyit
3  cawan  santan pekat
Garam & gula secukupnya


Cara-Cara :

1.  Beras pulut dicuci bersih dan ditoskan.

2.  Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut.  Masukkan asam keping.  Gaulkan supaya beras pulut rata dengan warna kuning.  Rendam semalaman.

3.  Toskan beras, keluarkan asam keping (jangan pula dikukus dengan asam keping sekali pulak...).

4.  Sementara itu panaskan pengukus.  Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dengan daun pisang (tutup lubang pengukus sedikit - nanti bolos abes beras pulut tu pula).

5.  Kukus beras pulut (pastikan air pengukus sudah mendidih dulu) selama 20 minit (beras separuh masak).

6.  Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.  Kacau sekejap di atas api hingga naik wap.  JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MINYAK.  Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.

7.  Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang besar.  Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.  Buat sehingga santan habis.  Selepas ini kita akan nampak pulut macam basah-basah gitu.  Proses ini dipanggil ARUN.

8.  Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang.  Biarkan sekejap (dalam 8-10 minit) supaya pulut sebati dengan santan.

9.  Masukkan semula ke dalam kukusan, kukus selama 20-30 minit (hingga pulut kuning betul-betul masak).

NOTA :   Tujuan meletakkan asam keping supaya pulut kuning akan cantik & berkilat...





1 comment: