Thursday, February 16, 2017
TAUHU SAMBAL TEMPE...
TAUHU SAMBAL TEMPE
rujukan : M. RASA Okt. 2016...
Bahan-Bahan :
2 paket tempe - potong
3 ketul tauhu - potong
2 1/2 sudu makan cili kisar
4 biji bawang merah - hiris/kisar
2 ulas bawang putih - hiris/kisar
4 sudu makan air asam jawa
1/2 sudu makan gula
1/2 inci belacan
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng tempe serta tauhu yang telah dihiris/dipotong. Setelah itu angkat dan toskan.
2. Tinggalkan sedikit minyak gorengan tadi, tumis bunga lawang, bawang merah serta bawang putih. Bila wangi, masukkan cili kisar dan belacan, kacau hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga sedikit pekat.
4. Masukkan tempe dan tauhu yang digoreng tadi, gaul sekata dan tutup api. Sedia dinikmati...
INFO : Boleh lumur sedikit garam & kunyit pada tempe & tauhu sebelum digoreng untuk lebih sedap...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment