KEK PISANG

Thursday, February 16, 2017

MAGGI ROLL...






MAGGI ROLL & ROTI BERKEJU SOSEJ




MAGGI ROLL
rujukan  :   Canteq.blogspot.com; (sedap)...




Bahan-Bahan :

1  peket  Maggi mee  -  perisa kari
1  biji  telur
Lobak merah, kobis secukupnya   -  dihiris halus
1  biji  cili padi  -  dihiris
1  ulas  bawang merah  -  didadu
1  ulas  bawang putih  -  didadu
Secubit garam atau secukup rasa
Kulit popia secukupnya


Cara-Cara :

1.    Rebus Mee maggi tanpa perencah kemudian toskan sehingga kering.

2.    Masukkan ke dalam mangkuk.

3.    Buka perencah Maggi kari tersebut.

4.    Tuangkan perencah ke dalam mangkuk berisi maggi tadi dan gaulkan sehingga sebati.

5.    Selepas itu sediakan sayur-sayurannya.

6.    Panaskan 1 sudu makan minyak.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi hingga sedikit layu.  Masukkan lobak merah dan kobis.  Taburkan sedikit garam, goreng sekejap dan angkat.  Tuangkan sayur-sayuran tersebut ke atas maggi.

7.    Kemudian goreng telur, hancur-hancurkan, tutup api kemudian gaul sebati dengan maggi tadi.  Sedia untuk digunakan.

8.    Letakkan inti secukupnya di atas sekeping kulit popia, lipat kiri dan kanan seterusnya digulung dengan kemas.  Sapukan sedikit air dihujungnya untuk melekatkannya ketika digulung.

9.    Goreng di dalam minyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan.

10.  Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau sos tomato...

No comments:

Post a Comment