Friday, February 24, 2017
AYAM MASAK DAUN KETUMBAR...
AYAM MASAK DAUN KETUMBAR
rujukan : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil & cuci bersih, toskan
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk ketumbar
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar : (Pastikan bahan kisar tidak dimesin sehingga terlalu lumat)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili merah
1 batang serai
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 pokok daun ketumbar
Cara Memasak :
1. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan garam untuk seketika; (anggaran 30 minit).
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
3. Seterusnya panaskan sedikit minyak menggoreng tadi dan masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Setelah masak (naik minyak), masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan kacau sehingga sedikit kering. Sedia untuk dinikmati...
INFO : masukkan 1 biji tomato (dibelah 6) ketika memasukkan ayam (jika suka)...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedapnyer...
ReplyDelete