SAMBAL GORENG JAWA
rujukan : buku masakan Chef Arm...
Bahan-Bahan :
3 biji ubi kentang - dipotong kecil
2 keping tempe - dihiris nipis
1 paket suun - direndam & toskan
2 keping fucuk - direndam & toskan
2 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
4 biji cili hijau *
3 biji cili merah * ( * dihiris )
1 papan petai - dihiris dua
Air asam jawa secukupnya
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
3 sudu makan kicap manis
Minyak masak (bagi menggoreng & menumis)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng kentang dan tempe sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Kemudian tumiskan bahan yang sudah dihiris sehingga naik bau.
3. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi, petai, suun & fucuk (yang sudah ditoskan).
4. Kecilkan api dan masukkan air asam jawa secukup rasa. Gaul selama 2 minit.
5. Kemudian masukkan kicap manis dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan sedia dihidangkan...
KARI AYAM
rujukan : buku masakan Ruzita's Kitchen...
No comments:
Post a Comment