Wednesday, February 15, 2017
NASI LEMAK...
NASI LEMAK
rujukan : DapurTanpaSempadan@CMG...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmathi - rendam 30 minit & toskan
6 cawan santan (saya guna santan segar)
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - dititik
1/3 sudu kecil halba
1 biji bawang besar saiz sederhana - dibelah 4
1 inci halia tua - kerat 3 & titik
3 ulas bawang putih - dititik
Garam secukup rasa
Bahan sampingan :
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng
Telur rebus - dibelah 2
Ayam atau ikan goreng (optional)
Cara Penyediaan :
1. Masukkan beras di dalam periuk nasi letrik atau rice cooker. Masukkan serai, daun pandan, halba, bawang besar, halia dan bawang putih. Tuangkan santan dan tambahkan garam secukup rasa. Kacau perlahan. Masak nasi seperti biasa sehingga masak sepenuhnya.
2. Gemburkan nasi dengan chopstick, 3-4 kali sahaja. (Jangan terlebih gembur, ini akan mematahkan beras basmathi). Hidangkan bersama bahan-bahan sampingan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment