Wednesday, February 15, 2017
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS...
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
rujukan : Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
250 gm ikan bilis - dibasuh & ditoskan
2 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan air asam jawa
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Bahan dikisar :
20 tangkai cili kering - direndam dalam air panas sehingga lembut & toskan
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan - sekiranya suka
Cara Memasak :
1. Tumiskan bawang besar dan bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan ikan bilis, garam dan gula secukupnya.
3. Masukkan air asam jawa dan sedikit air.
4. Masakkan sambal sehingga mendidih dan pekat dengan api perlahan.
5. Apabila naik minyak dan sedikit pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedapnyer....
ReplyDelete