KEK PISANG

Monday, February 27, 2017

AYAM MASAK SERAI...









AYAM MASAK SERAI
rujukan  :    Majalah RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  -  dipotong kecil
6  batang  serai  -  dititik
2  keping  asam gelugur
Garam & serbuk kunyit secukupnya


Bahan Kisar :

6  ulas  bawang merah
1  biji  bawang besar
4  ulas  bawang putih
1  cm  halia
20  tangkai  cili kering  -  dibuang biji & direbus


Cara Memasak :

1.  Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng separuh masak.  Angkat dan toskan minyaknya.

2.  Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga agak garing.  Masukkan serai dan goreng lagi.

3.  Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi bersama asam gelugur dan goreng lagi sehingga serai kering dan kuah kelihatan pecah minyak.

4.  Angkat dan sedia dinikmati bersama nasi minyak atau nasi putih.

INFO :  Sekiranya serai belum cukup kering dan kuah tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum sedia untuk dinikmati...

No comments:

Post a Comment