Monday, February 27, 2017
MASAK LEMAK PETOLA...
MASAK LEMAK PETOLA
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 batang petola segi (anggaran 500 gm)
10 ekor udang segar - kupas kulit & cuci bersih
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 peket kecil suun - direndam dalam air hingga lembut
2 keping tauhu - dipotong kiub
Garam secukup rasa
Bahan Hiris :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah (saya tak letak tiada stok)
Cara Memasak :
1. Petola dibuang kulit dan dipotong/hiris bulat dan cuci bersih.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan dan suun ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan santan, suun dan masak hingga mendidih sekali lagi. Sesuaikan rasa dan tutup api.
4. Sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment