KEK PISANG

Wednesday, February 15, 2017

SAMBAL KICAP AYAM...









SAMBAL KICAP AYAM
rujukan  :   buku masakan Hanieliza...




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam
10  biji  tomato ceri  (saya tambah)
2  batang  serai  -  diketuk
5  helai  daun limau purut  -  dikoyak
5  sudu besar  kicap
2  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  minyak masak
Garam  (sekiranya perlu)


Bahan Dikisar :

20  tangkai  cili kering  -  direndam dalam air panas hingga lembut & toskan
5  ulas  bawang merah
1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1/2  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3.  Masukkan ayam dan kacau.  Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4.  Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5.  Masakkan hingga naik minyak.  Akhir sekali masukkan tomato ceri.
6.  Biarkan seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment