Friday, February 3, 2017
CUCUR UDANG GERAGAU...
CUCUR UDANG GERAGAU
rujukan : DapurTanpaSempadan@CMG...
Bahan-Bahan :
70 gm udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 gm)
1 biji bawang besar - didadu
1 biji kentang - didadu kecil
1/2 batang lobak merah - kupas kulit & disagat (tambahan)
1 biji cili hijau - hiris halus
1 biji cili merah - hiris halus
3 tangkai daun sup - hiris
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili sebagai pencicah
Cara-Cara :
1. Udang geragau direndam, kemudian cedok udang yang timbul dan asingkan ke dalam bekas lain, rendamkan lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir-pasir halus, jadi bila direndam, pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buangkan kotoran, cuci bersih dan toskan.
2. Di dalam satu bekas yang lain, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau dan merah, daun sup, kentang, lobak merah dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuangkan air suam tadi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di "jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
4. Goreng di dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" adunan tadi. Goreng sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan di atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment