Sunday, February 26, 2017
SPAGETI BOLOGNESE...
SPAGETI BOLOGNESE
rujukan : buku masasakan Hanieliza...
Bahan-Bahan :
1 paket spageti - direbus sehingga lembut (saya guna jenis Angel Hair)
400 gm daging kisar halus (Mincemeat, saya guna jenama Ramly)
1 tin cendawan butang - dihiris nipis
1 batang lobak merah *
1 biji capsicum hijau *
2 biji tomato muda *
2 labu bawang besar * ( * dipotong dadu )
4 sudu makan cili kisar (kurang sikit jika tidak suka pedas)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato (saya guna sos spageti Prego)
1/2 cawan air atau secukupnya
3 sudu makan minyak masak (saya guna minyak jagung)
1 sudu makan serbuk oregano kering
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 pokok daun parsli - dicincang halus (tak letak)
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan sos tomato, lobak merah, capsicum, tomato, cendawan butang, garam, air dan serbuk lada hitam.
4. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak dan lobak merah sedikit lembut.
5. Angkat dan tuangkan di atas spageti ketika hendak dihidangkan.
6. Taburkan serbuk oregano kering dan hirisan daun parsli...
INFO : Gaulkan sedikit minyak pada spageti yang sudah direbus bagi mengelakkan spageti melekat (saya masukkan sedikit minyak di dalam air rebusan ketika merebus spageti)...
Labels:
Noodles/Pasta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment