Sunday, February 19, 2017
ROTI JALA...
ROTI JALA
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur gred A/B
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna santan)
sedikit pewarna kuning
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga semua sebati dan halus.
2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
3. Sediakan kuali non-stick leper dan panaskan dengan api sederhana.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala. Kirai adunan di atas kuali.
5. Biarkan sehingga roti jala masak, angkat dan gulung. (Tidak perlu diterbalikkan).
6. Hidangkan bersama kari ayam atau ikut pilihan/citarasa...
INFO : Adunan roti jala ini lembut hingga ke petang...sangat sedap...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment