Wednesday, February 8, 2017
SAMBAL TUMIS IKAN PARI...
SAMBAL TUMIS IKAN PARI
rujukan : DapurTanpaSempadan@CMG...
Bahan-Bahan :
300 gm ikan pari - dipotong kecil
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
4 sudu makan cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
garam & gula secukup rasa
1 biji bawang besar - dibelah 6
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci belacan * (* ditumbuk halus)
Cara Memasak :
1. Ikan pari diperap bersama jus limau nipis dan garam selama 10 minit kemudian cuci bersih dan toskan. Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus sehingga wangi, tambahkan cili kisar dan tumis sehingga garing. Tuangkan jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sedikit pekat.
3. Tambahkan bawang besar belah dan juga ikan pari yang digoreng tadi, gaul sehingga rata dan sebati. Masak sekejap, rasa dan boleh diangkat. Hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment