Sunday, March 5, 2017
SAYUR BAYAM TUMIS AIR...
SAYUR BAYAM TUMIS AIR
rujukan : Majalah RASA Januari 2012...
Bahan-Bahan :
300 gm sayur bayam hijau atau merah - dipotong
1/2 batang lobak merah - dipotong kiub kecil (saya tambah)
1 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
50 gm ikan bilis - dicuci bersih & toskan
Serbuk perasa ikan bilis secukupnya
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan lobak merah dan air secukupnya. Biarkan mendidih dan lobak merah sedikit lembut.
3. Masukkan sayur bayam, serbuk perasa ikan bilis, garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
4. Masak sehingga sayur bayam layu sedikit. Sesuaikan rasa. Tutup api.
5. Angkat dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment