SAMBAL SARDIN
rujukan : Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
1 tin besar sardin
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - dibelah 4
1 labu bawang besar - dihiris kasar
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan dikisar :
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan sardin, bawang besar dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan buah tomato dan kacau rata. Sesuaikan rasa garamnya.
4. Tutup api dan masukkan jus limau. Taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang; (jika guna).
5. Sedia dihidangkan...
Dessert : Puding Mangga
No comments:
Post a Comment