Sunday, July 28, 2013
BISKUT COKLAT CHIP
BISKUT COKLAT CHIP
sumber : MIDI Julai 2007
dicuba : zaralicious
Bahan-bahan :
250 gm mentega
1 1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 cawan coklat chip
1 cawan kelapa kering (kisar sikit jika perlu)
3 tbsp serbuk koko
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan walnut (sangat & dicincang) atau kekacang lain
Cara-cara :
1. Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau hingga rata. Masukkan esen vanilla. Gaulkan sebati.
3. Ayakkan serbuk koko, tepung naik sendiri dan tepung gandum bersama dan kemudian masukkan ke dalam adunan mentega tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
4. Masukkan coklat chip, kelapa kering dan walnut cincang. Gaul rata.
5. Sudukan ke atas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit atau hingga masak.
Labels:
Biskut/Cookies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
senang jer ek..nanti nak cuba la..
ReplyDeleteSilakan adda syuhada..memang senang & sedap rangup..
ReplyDelete