Thursday, July 18, 2013
SAMBAL UDANG BERSANTAN
SAMBAL UDANG BERSANTAN
Bahan-bahan A :
500 gm udang sederhana besar (dibuang kulit, tinggalkan ekornya)
1 labu bawang besar (dihiris)
1/4 cawan santan pekat
4 tbsp minyak masak
1 helai daun kunyit (dihiris)
Garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan B : (Dikisar)
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih sebentar barulah di masukkan udang dan bawang besar. Kemudian kacau rata.
3. Apabila bawang sudah layu, masukkan daun kunyit. Kacau rata dan tutupkan api.
4. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment