KEK PISANG

Monday, July 1, 2013

CHEWY GOOEY BROWNIES



 untuk di bawa ke rumah besan di Melaka.





CHEWY GOOEY BROWNIES



rujukan dari :  Citarasawan (tqvm KI untuk resipi yang sedap ni)
dicuba oleh  :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

300  gm        mentega
  80  gm        serbuk koko
300  gm        coklat masakan (di potong kecil)
    6  biji        telur (A/B - dipukul ringan)
350  gm        gula perang
    2  tsp        esen vanilla
100  gm        tepung gandum  (diayak)
    1  cawan   kekacang (ikut citarasa - dipanggang & digaul dengan sedikit tepung)


Loyang :  10" x 10" square, digris dengan sedikit mentega & dialas dengan baking paper



Cara-cara :

1.   Cairkan coklat masakan secara double-boiler hingga coklat mencair.  Ketepikan.
2.   Cairkan mentega di dalam periuk kemudian masukkan serbuk koko, gaul rata.
3.   Angkat dan masukkan gula perang, gaul rata dan sebati.
4.   Masukkan telur, esen vanilla, tepung gandum dan coklat masakan cair tadi.  Kaupbalik hingga bergaul rata.  Masukkan kekacang.  Gaul rata.
5.   Tuangkan ke dalam loyang, ratakan.  Taburkan dengan sedikit kekacang di atasnya (jika suka).
6.   Bakar pada suhu 150'C selama 1 jam atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment