Friday, July 12, 2013
Sup Ayam
SUP AYAM
resipi dari : tiffinbiru (DapurTanpaSempadan - CMG)
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong kecil, cuci bersih & toskan)
4 biji kentang (dipotong-potong)
1 peket sup bunjut (sup tulang ADABI)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kiub pati ayam (optional)
1 pokok daun sup
1 tbsp bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukupnya
Bahan Kisar Halus :
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 tbsp lada hitam biji
Bahan Hiasan :
Hirisan daun sup & bawang secukupnya
Bawang goreng
Cara memasak :
Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Tambah sup bunjut dan kacau rata. Masak hingga mendidih.
Tambahkan bawang goreng, kiub pati ayam (jika guna) dan daun sup, renih hingga ayam empuk (tambah air jika air berkurangan - air panas). Kemudian masukkan kentang dan sambung memasak hingga kentang empuk. Tambahkan garam secukup rasa. Tutup api dan taburkan dengan bahan hiasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tengok pic pun dh tau sedap...
ReplyDeletethanks adda syuhada...
ReplyDelete