KEK PISANG

Sunday, July 14, 2013

OREO NUTELLA CHIFFON CAKE



 yang ni untuk dibawa balik ke asrama
 yang ni ambil 2 keping untuk merasa






OREO NUTELLA CHIFFON CAKE




Bahan-bahan A :

    4  biji    kuning telur (A)
  70  ml     susu segar
  70  ml     minyak jagung
  45  ml     air
100  gm    gula halus
    1  tbsp  coffee emulco
    2  tbsp  Nutella spread
150  gm    tepung superfine *
    1  tsp    baking powder *
secubit garam halus * (* disatukan, gaul rata & ayak)



Bahan-bahan B :

  4  biji   putih telur
90  gm   gula halus
secubit cream of tartar



Cara-cara :

1.   Panaskan oven pada suhu 170'C.  Siapkan tin chiffon saiz 23cm.

2.   Dalam satu bekas, campur kesemua bahan A dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra.  Ketepikan.

3.   Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih.  Kemudian masukkan gula halus dan cream of tartar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue".

4.   Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no. 2 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik.  Tuang ke dalam tin chiffon dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.

5.   Keluarkan dari oven, terlangkupkan dalam posisi terbalik.  Biar kek sejuk sepenuhnya barulah boleh dikeluarkan dari tin chiffon.

6.   Hidangkan.

No comments:

Post a Comment