Thursday, July 25, 2013
DOUBLE CHOCOLATE TART WITH CUSTARD FILLING
DOUBLE CHOCOLATE TART with CUSTARD FILLING
Oleh : citarasawan
Chocolate Tart Shell :
170 gm marjerin
50 gm gula icing
1 biji telur (C)
250 gm tepung superfine/gandum
40 gm serbuk koko
1 tsp esen vanilla
1/4 tsp emplex (optional)
Cara-cara :
1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul marjerin dan gula menggunakan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi hingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Trimkan bahagian atasnya. Cucuk bahagian dasarnya dengan garpu sebelum dibakar.
6. Bakar pada suhu 170'C hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum diisikan dengan filling kesukaan. (saya guna custard filling).
Bahan-bahan Custard Filling :
400 ml susu segar
100 gm gula kastor
60 gm tepung kastad
1 biji kuning telur (B)
1/2 tsp esen vanilla
1/2 tbsp mentega
Hiasan : buah strawberry/blueberry/kiwi/mandarin oren dsbnya.
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan filling kastad kecuali mentega. Masak di atas api sederhana hingga kental. Masukkan mentega dan kacau hingga licin dan berkilat.
2. Masukkan ke dalam mangkuk, tutup dengan cling wrap untuk mengelak bahagian atas kastad mengeras dan simpan ke dalam peti sejuk.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam kulit tart, hiaskan dengan hirisan buah-buahan pilihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment