KEK PISANG

Sunday, July 7, 2013

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE











KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE



sumber dari  :  Yatiememories (tqvm untuk resipi ini - sangat sedap)
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan A :

250  gm     cream cheese (suhu bilik)
  60  gm     gula halus
    1  biji     telur (B)
    1  tbsp   air
    1  tbsp   tepung gandum


Loyang :  8 x 8 inci


Cara-cara :

     Pukul cream cheese bersama gula halus hingga sebati.  Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum.  Pukul lagi dan gaul sebati.  Ketepikan.


Bahan B (Kek) :

    2  biji        telur (B)
    1  cawan   gula halus
    1  tsp        esen vanilla
 1/2  cawan   air panas didih
 1/2  cawan   susu segar/susu cair
 1/2  cawan   minyak jagung/masak
    1  cawan   tepung gandum *
    3  tbsp      serbuk koko *
    1  tsp        baking soda *
 1/2  tsp        baking powder * (semua bertanda * diayak dahulu)
sedikit garam


Cara-cara :

     Pukul telur di dalam sebuah mengkuk pengadun bersama gula halus hingga kembang.  Kemudian masukkan esen vanilla dan sedikit garam.  Masukkan air panas didih, susu dan minyak.  Setelah itu masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Ketepikan.


Cara Penyediaan :

1.   Panaskan kukusan.  Gunakan api sederhana.
2.   Sapukan sedikit minyak/mentega pada loyang dan alaskan dengan kertas minyak.
3.   Tuangkan 1/2 bahagian adunan coklat dan kukus selama 15-20 minit.
4.   Tuangkan pula kesemua adunan cream cheese dan kukus selama 15 minit.
5.   Setelah itu tuangkan adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
6.   Biarkan benar-benar sejuk sebelum dipotong.  (ketika mengukus tutupkan loyang dengan foil).


No comments:

Post a Comment