KEK PISANG

Thursday, July 11, 2013

TALAM VANILLA COKLAT

PUASA HARI KEDUA


 untuk di bawa ke surau (moreh)





TALAM VANILLA COKLAT



rujukan  :  blog 'Yatiememories'
dicuba   :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan Lapisan Bawah :


1 1/2   cawan   tepung beras
   1/4   cawan   tepung jagung
   1/2   cawan   tepung kastad
      1   cawan   gula
      1   cawan   santan pekat
2 1/2   cawan   air
      2   biji        telur (dipukul sedikit)
      1   tsp        esen vanilla
secubit garam


Loyang :  10 x 10 x 3 inci, sapu sedikit minyak & dialas dengan plastik


Cara-cara :

     Satukan kesemua jenis tepung di dalam mangkuk.  Masukkan sedikit garam, gula, telur, air dan santan.  Gaul hingga sebati dan tapiskan.  Masukkan ke dalam periuk dan masak naik wap dengan api sederhana (anggaran 5 minit).  Hendaklah sentiasa dikacau supaya adunan tidak berketul.
     Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.



Bahan Lapisan Atas :

   1   cawan   santan pekat
   2   cawan   air
   1   cawan   tepung gandum
1/4   cawan   tepung jagung
   3   biji        telur
   1   cawan   gula
   1   tbsp      serbuk koko (dibancuh dengan 4 tbsp air suam hingga larut)
   1   tsp        coklat emulco
secubit garam


Cara-cara :

     Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali coklat emulco dan bancuhan serbuk koko.  Gaul sebati (atau blend kesemuanya).  Kemudian masukkan coklat emulco dan bancuhan serbuk koko dan digaul sebati.  Masukkan ke dalam periuk, masak naik wap.  Guna api kecil  Tuangkan ke atas lapisan vanilla dan kukus selama 20 minit (cakar-cakar sedikit permukaan lapisan bawah tadi sebelum menuang adunan coklat tadi).

2 comments:

  1. Sedap tengok zara... boleh gak akak cuba ni ;-)

    P/s akak kasi duit jer Di surau utk moreh tak smpt akak nak masak bagai :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih Nur Hayati..memang sedap..rasanya seakan Talam Suji cuma bahagian atas rasa coklat..kak sebenarnya pun bagi duit jer..ni terlebih rajin sikit sebab ada masa sikit...

    ReplyDelete