KEK PISANG

Wednesday, July 17, 2013

BUBUR CANDIL PANDAN








BUBUR CANDIL PANDAN



Oleh  :  Yatiememories



Bahan-bahan :

      3  cawan   tepung pulut
      1  cawan   tepung gandum
1 3/4  cawan   air  (untuk menguli tepung - tuang sedikit demi sedikit)
Sedikit garam
Perisa pandan atau air yang dikisar dengan 3 helai daun pandan & ditapis
Air secukupnya untuk merebus bubur candil


Bahan Kuah :

   1  cawan    santan pekat
   3  cawan    air
   1  ketul      gula melaka  (racik halus & masak dengan 1/2 cawan air = ditapis)
1/4  cawan   gula pasir
   2  helai      daun pandan  (disimpul)


Cara-cara :

1.   Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dalam sebuah mangkuk.
2.   Tuangkan air dan perisa pandan sedikit-demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.   Didihkan air di dalam periuk, bulat-bulatkan adunan dan rebus di dalam air yang mendidih.
4.   Apabila timbul bebola itu, bolehlah di angkat dan di toskan.
5.   Di dalam periuk lain, masukkan air dan santan pekat berserta air gula melaka sekali.
6.   Masukkan bebola candil dan masukkan daun pandan..digaul sebati.
7.   Sentiasa digaul agar santan tidak pecah minyak.  Biarkan mendidih.  Setelah siap, tutup api dan bolehlah dihidang.

No comments:

Post a Comment