KEK PISANG

Sunday, July 7, 2013

CHOCOLATE CREME PUFF berintikan KASTAD PANDAN





 yang ni bekalan untuk anak bawa balik ke asrama





CREME PUFF COKLAT BERINTIKAN KASTAD PANDAN



sumber  :  QaseyHoney (tqvm untuk resipi yang sedap ni)
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

   1  cawan   tepung gandum
   2  tbsp      serbuk koko
   1  cawan   air
1/2  tsp        garam halus
   1  tbsp      gula pasir
1/2  cawan   mentega tanpa garam
   4  biji        telur (B)


Cara Penyediaan :

1.   Ayak tepung dan serbuk koko.
2.   Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair.  Tutup api.
3.   Masukkan campuran tepung sekaligus dan kacau hingga sebati.
4.   Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.  Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.
5.   Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas minyak yang digris.
6.   Bakar selama 25 minit pada suhu 210'C.  Sejukkan.
7.   Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan kastad pandan atau ikut citarasa.



KRIM PANDAN


sumber :  Majalah RASA 2007 (Chef Nor Asmawati) - sangat sedap, tqvm.
dicuba  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan Inti Pandan :

500  ml    susu segar
    2  biji   telur (B)
100  gm   gula halus
 1/2  tsp   esen vanilla
  25  gm   tepung kastad
  30  gm   tepung jagung
 1/2  tsp   pandan emulco
 1/2  tsp   pewarna hijau


Cara memasaknya :

1.   Untuk membuat inti pandan :  masukkan kesemua bahan inti ke dalam periuk.
2.   Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
3.   Sejukkan inti sebelum dimasukkan ke dalam cream puff.

No comments:

Post a Comment