Wednesday, June 4, 2014
DADIH COFFEEMATE
DADIH COFFEMATE
rujukan dari : yatiememories
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter air (dalam 12 cawan)
200 gm coffeemate creamer
1 tin susu sejat/susu cair
Perisa pandan (hijau), blueberry emulco (ungu), strawberry emulco (pink) & chocolate emulco
Cara-cara :
1. Di dalam periuk besar, masakkan air, serbuk agar-agar dan gula pasir sampai mendidih. Kacau rata.
2. Perlahankan api dan masukkan coffeemate creamer dan kacau sampai creamer larut.
3. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutupkan api.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan perisa dan pewarna ikut citarasa.
5. Kacau cepat-cepat setiap perisa dan pewarna tadi dan tuangkan ke dalam bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan ke dalam peti ais.
(Hasil : anggaran 20 bekas dadih kecil)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampak mudah lah zara.. boleh dicuba ni..
ReplyDeletememang mudah Nur Hayati..cubalah..sedap...
ReplyDelete