yang ni untuk dibawa ke surau oleh en. hubby
KUIH LOMPANG PANDAN
sumber : Azie Kitchen dll. ; thanks
Bahan A :
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Bahan B :
2 cawan tepung beras
1 sudu teh kapur makan
2 cawan air
Sedikit pes pandan
Sedikit pewarna hijau (jika suka)
Bahan C :
100 gm kelapa parut putih + sedikit garam dan dikukus sekejap
Cara-cara :
1. Masak dahulu bahan A hingga gula larut. Biarkan sejuk.
2. Sementara itu panaskan air di dalam periuk pengukus.
3. Satukan dan kacau bahan B di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan bahan A ke dalam mangkuk tadi. Kacau hingga sebati. Tapis.
4. Tuangkan ke dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Isi penuh hingga ke bibir acuan lompang.
5. Kukus selama 20 minit.
6. Tuangkan ke dalam acuan hanya sebelum dikukus untuk mengelak dari adunan mendap.
7. Sebelum diangkat, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup selama beberapa minit untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
8. Hidangkan bersama kelapa parut.
(yields : 26 biji acuan besar)
Mnsih terasa mengunyah kuih lompang yang kenyal kenyal manja
ReplyDeleteAlhamdulillah..pasti sedap tu Azie..
ReplyDelete