rasa biskut ini sedap, rangup seakan biskut lidah kuching...
ENGLISH JAPONAISE COOKIES
dari buku 'Festive Cookies' - Chef Asma
Bahan-bahan :
100 gm putih telur
100 gm gula kastor
100 gm kacang hazel kisar - dipanggang
10 gm tepung gandum
Cara-cara :
1. Pukul putih telur dan gula kastor sehingga sedikit kembang.
2. Masukkan kacang hazel dan tepung gandum. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam 'piping bag' dan picitkan 2 1/2 inci ke dalam loyang pembakar.
4. Panaskan oven. Bakar pada suhu 120'C selama 20 minit atau lebih sehingga di dalamnya benar-benar kering.
No comments:
Post a Comment