rasa biskut ini sedap seakan-akan biskut sujee...
WHITE ALMOND COOKIES
dari buku 'Festive Cookies' - Chef Asma
Bahan A :
90 gm gula aising
140 gm tepung jagung
280 gm tepung gandum
1/2 tsp soda bikarbonate
Bahan B :
200 ml minyak jagung
Bahan C :
100 gm kepingan badam - panggang & hancurkan
Cara-cara :
1. Ayak semua bahan A di dalam mangkuk adunan.
2. Satukan semua bahan A, B dan C, adun sehingga sebati dan menjadi doh.
3. Rehatkan 15 minit, canai doh sehingga 1 cm tebal dan terap dengan penerap biskut. (saya bulat-bulatkan menjadi bebola, anggaran 1 tsp setiap bebola). Susun di dalam dulang pembakar.
4. Panaskan oven. Bakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit.
No comments:
Post a Comment