Sunday, June 1, 2014
PUDING ROTI
PUDING ROTI
sumber : hanamemories
Bahan-bahan :
4 keping roti
2 biji telur gred 'B'
1/2 cawan susu pekat manis
170 ml susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir
2 tbsp mentega atau marjerin
230 ml air (3 1/2 cawan)
Pewarna pilihan secukupnya
Loyang : 8 inci (saya guna 9 inci ; dibasahkan terlebih dahulu untuk memudahkan puding keluar dari acuan)
Cara Penyediaan :
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula pasir di dalam periuk.
2. Kisarkan roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air (1/2 cawan) hingga halus kemudian dituangkan ke dalam periuk berisi agar-agar yang telah mendidih tadi.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sampai mendidih. Tutupkan api.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna pilihan secukupnya, kacau sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang secara berselang-seli hingga kesemua adunan habis.
6. Sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam peti ais selama 1 jam atau hingga membeku dengan sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment