SMOOTHIE JAMBU AIR MADU
sumber : salamisimon1
Bahan-bahan :
500 gm jambu air madu (dipotong kecil-kecil)
200 ml susu segar
100 ml yogurt perisa strawberry
3 sudu besar gula pasir
Cara-cara :
1. Sejukbekukan jambu air madu selama 4 hingga 5 jam.
2. Masukkan jambu air madu bersama yogurt, susu segar dan gula pasir ke dalam pengisar.
3. Kisar sehingga halus. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Letakkan aiskrim pilihan di atasnya.
5. Sedia untuk dinikmati... (
menghasilkan : 3 gelas)
No comments:
Post a Comment