KEK PISANG

Sunday, June 8, 2014

KARIPAP RANGUP









KARIPAP RANGUP
sumber  :   Jalilah JJ/FB - (a keeper), rangup, garing & sedap



Bahan Kulit :

500  gm  tepung gandum
  50  gm  tepung jagung
 1/2  cawan  minyak panas
    1  sudu besar  marjerin
    1  sudu teh  shortening
    1  sudu teh  garam halus
    1  cawan  air sejuk  -  dari peti ais


Cara-cara :

     Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, garam ke dalam bekas besar.  Letakkan marjerin dan shortening.  Bila minyak telah panas curahkan ke atas tepung, gaulkan dengan sudu hingga sebati.  Kemudian letakkan air sedikit demi sedikit hingga boleh diuli.  Uli doh sampai licin.  Masukkan ke dalam plastik, rehatkan doh di dalam peti ais dalam 1/2 jam selepas itu bolehlah dicanai dan diterap.  (boleh juga menggunakan stand mixer dan hook).


Bahan Inti :  (resepi I)

1 1/2 kilo  ubi kentang  -  dipotong dadu kecil-kecil
      5 sudu lada yang sudah dikisar dengan bawang besar & bawang putih
      1 peket rempah kari ikan Babas
      3 sudu besar udang kering  -  direndam & ditumbuk halus
Daun kari secukupnya jika suka


Cara-cara :

     Tumiskan daun kari diikuti lada kisar dan udang kering hingga garing.  Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau hingga naik bau.  Masukkan air dan ubi kentang.  Masak hingga hampir kering.  Sejukkan dahulu sebelum digunakan.


Bahan Inti :  (resipi II)

    7  biji  ubi kentang  -  dipotong dadu kecil-kecil
100  gm  daging kisar
 1/2  biji  bawang besar *
    2  ulas bawang putih *  (* dicincang)
    2  sudu besar  serbuk kari daging
air secukupnya
minyak
daun sup dicincang jika suka

Cara-cara :

     Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga wangi dan kuning.  Masukkan serbuk kari, kacau hingga terbit minyak.  Masukkan daging dan biarkan empuk seketika.  Tambahkan sedikit air.  Masukkan ubi kentang, tambahkan air sama paras dengan ubi kentang dan biarkan masak.  Apabila telah kering, masukkan garam dan perasa secukupnya.  Angkat apabila telah empuk.  Sejukkan dahulu sebelum digunakan.



    

No comments:

Post a Comment