Saturday, June 14, 2014
MUFFIN PANDAN
MUFFIN PANDAN
sumber resipi : AnymzmyKitchen, Nor@SecubitGaram, Citarasawan dll.
Bahan-bahan :
200 gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp garam halus
120 gm gula kastor
200 ml santan kelapa (dalam kotak)
100 ml minyak jagung
2 biji telur 'B'
1 tsp pandan paste *
1/2 tsp pandan essence *
(NOTA : * sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh dikisar 5-7 helai daun pandan bersama 200 ml santan di atas dan ditapis).
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 190'C. Sediakan loyang muffin yang dialaskan dengan paperliners.
2. Ayakkan tepung, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula kastor dan kacau rata menggunakan whisk tangan. Sekadar sebati saja.
3. Campurkan kesemua bahan-bahan basah ke dalam bahan kering. Kaupbalik sekadar sebati saja. Adunan akan kelihatan seakan berketul-ketul sedikit (lumpy).
4. Sudukan adunan ke dalam paperliners dan taburkan dengan sedikit badam cincang dan chocolate rice di atasnya jika suka.
5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak sepenuhnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment